Sunday 20 March 2016

SUAMI BANGANG ABADI! Paksa Isteri Lakukan Hubungan Kelamin Depan 5 Orang Anak, Tapi Akhirnya...



#$Menurutnya, rumah pusaka yang didiami juga bukan sahaja bocor, malah menanti untuk roboh selepas sebahagian besar dinding sudah dimakan anai-anai.

“Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadang-kala anak-anak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak masak.

“Kalau tak ada beras langsung saya berikan mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk mengisi perut.

“Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.