Monday, 16 May 2016
Filled Under:
RAMAI YANG FIKIR ARTIS-ARTIS K-POP NI CANTIK-CANTIK KE..RUPA-RUPANYA HMMM TAK SANGKA BETUL....
Posted By:
Unknown
on 19:10
Berusia 30 tahun, wanita ini antara selebriti yang taksub melakukan pembedahan k0smetik sehingga dia sanggup menawarkan diri menjadi ‘bahan eksperimen’ apabila terdapat pakar aestatik menemukan rawatan wajah terbaru. Keghairahan Park Bom melakukan pembedahan kosmetik menimbulkan perdebatan di kalangan peminatnya.
Ada yang lebih menganggap Park B0m kelihatan lebih comel dengan wajah barunya, ada yang merasakan Park Bom lebih cantik sebelum melakukan pembedahan kosmetik, tak kurang juga yang risau dengan ketaksuban Park Bom terhadap dunia kecantikan.
Sekurang-kurangnya Park Bom telah menjalankan dua pembedahan hidung, menambah kel0pak mata agar kelihatan lebih besar, pembentukan semula wajah dan suntikan pada bibir. Malah, Park Bom turut membuat pembedahan implan payudara.
2. Jessica (SNSD)
Bekas ahli kumpulan SNSD, Jessica merupakan salah seorang selebriti yang menafikan tentang perubahan pada wajahnya. Bagaimanapun, kesemua ahli kumpulan SNSD dikenal pasti telah melakukan pembedahan k0smetik, termasuk Jessica sendiri. Jessica dikatakan telah membuat pembedahan pada rahangnya agar kelihatan lebih kurus.
Penafian Jessica terhadap perkara ini mendapat s0kongan daripada peminatnya yang turut bersetuju bahawa Jessica sememangnya sudah cantik walau tanpa sebarang pembedahan kosmetik. Menurut mereka, jika ada perubahan pada wajah Jessica hanyalah kerana teknik solekan.
3. Park Min Young
Pelakon drama ‘Sungkyunkwan Scandal’ ini tidak bimbang mendedahkan kepada umum bahawa dia telah menjalankan pembedahan kosmetik seawal usia remaja.
Kata Park Min Young menerusi sebuah wawancara dengan Sports Chosun, ibunya membenarkan dia menjalani pembedahan kelopak mata agar kelihatan lebih cantik. Selain itu, Park Min Young telah melakukan pembedahan pada rahang dan dagunya demi mendapatkan wajah berbentuk oval.
4. Lee Min Ho
Perubahan pada wajah pelakon ‘Boys 0ver Flower’ ini tidak begitu ketara. Namun ramai peminat mengenal pasti bahawa Lee Min Ho telah menjalani rawatan pada hidung, mata dan dagunya. Bagaimanapun, pelakon kacak ini tidak pernah menafikan mahupun mengakui dakwaan tersebut.
Ada pihak yang berpendapat bahawa Lee Min Ho membuat rawatan wajah untuk mendapatkan wajah ala Caucasian demi menarik minat penonton seluruh dunia terutamanya di sekitar Amerika dan Eropah.
Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan. Dengan atau tanpa rawatan wajah, Lee Min Ho sememangnya dilahirkan dengan wajah yang kacak.
5. Lee Da Hae
Seawal kemunculannya dalam industri hiburan di K0rea, pelakon ini dihimpit k0ntroversi apabila ada pihak mendakwa dia pernah menjalani rawatan kosmetik. Bagaimanapun, Lee Da Hae menafikan hal itu.
Setelah beberapa tahun, akhirnya Lee Da Hae mendedahkan dia sememangnya pernah menjalani rawatan kosmetik sebelum menjadi pelakon.
Menurut Lee Da Hae, dia hanya menjalani rawatan minor dan perubahan pada wajahnya kerana mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan.
6. Kyuhyun (Super Junior)
Salah seorang ahli kumpulan Super Juni0r, Kyuhyun mengakui dia menjalani pembedahan kel0pak mata. Malah Kyuhyun turut berjenaka tentang hal itu, memberitahu dia membuat pembedahan tersebut kerana Kyuhyun satu-satunya bermata sepet dalam keluarganya.
Namun ada sesetengah peminat mendakwa Kyuhyun turut membuat pembedahan pada hidung dan suntikan pada bibirnya. Ada juga pihak mengatakan Kyuhyun membuat rawatan wajah setelah terlibat dengan kemalangan yang agak tragis. Bagaimanapun hal ini tidak pula disahkan oleh Kyuhyun sendiri.
7. Goo Hara (Kara)
Apabila terdapat sesetengah pihak membuat perbandingan wajahnya ketika usia remaja dan setelah muncul dalam industri muzik di Korea Selatan, akhirnya G00 Hara akui dia sememangnya pernah membuat pembedahan kelopak mata sebelum menyertai Kara.
Kemudian, majikannya mengarahkan Goo Hara untuk membetulkan kelopak matanya sekali lagi kerana dia kelihatan tidak bermaya dalam gambar. Goo Hara turut mencantikkan giginya dan membuat suntikan pada hidung.
8. Lee Si Y0ung
Aktres rancangan ‘We Got Married’ ini merupakan salah seorang selebriti yang mengaku secara terbuka dia membuat pembedahan kosmetik. Menurut Lee Si Young, dia enggan menafikannya kerana percaya peminat dapat mengenal pasti perubahan pada wajah wanita ini.
Walaupun tidak memberitahu secara terperinci bahagian wajah yang mana diubah, namun terdapat segelintir peminat mendakwa Lee Si Young telah menjalani pembedahan di bahagian mata dan hidungnya.
9. Lee Hyori
Penyanyi ini turut mengakui bahawa dia pernah menjalani pembedahan kosmetik. Lee Hyori dikatakan telah membuat pembedahan hidung, kelopak mata dan juga implan payudara.
Walaupun menjalankan beberapa pembedahan k0smetik, bagi bekas ahli kumpulan Fin K.L ini, g0longan selebriti perlu dipersalahkan atas obsesi wanita yang ingin kelihatan cantik dan kurus.
10. Hwanhee
Pelakon drama ‘Over The Rainbow’ ini mengakui dia menjalankan pembedahan kosmetik kerana merasa rendah diri dengan fizikalnya terutama bahagian mata dan hidung. Menurut Hwanhee dia ingin tampil menarik buat peminatnya.
Ternyata ramai yang bersetuju Hwanhee menjalankan pembedahan ini kerana lelaki ini kelihatan lebih kacak berbanding awal kemunculannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment