Saturday, 14 May 2016

Filled Under:

TUE MAKAN DIA!! Astro Cuba Kenakan Saya, Lihat Bagaimana Saya 'Mengajar' Mereka Kembali




Sekali lagi mereka berjanji akan menghubungi saya dalam tempoh 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Namun, selepas 48 jam tiada sebarang panggilan dari pihak Astro. 

5 Mei 2016

Saya menerima bil bagi bulan Mei yang berjumlah RM81.80

11 Mei 2016

Saya telah memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasakan diri telah dianiaya oleh pihak Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak. 

Dalam tuntutan itu juga saya memohon agar saya diberikan pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini diselesaikan. 

*Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil

Saya menyerahkan borang tuntutan kepada Tribunal Pengguna dan menghantar satu salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib). 

Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016 di mana saya akan bersemuka dengan wakil Astro. 

12 Mei 2016

24 jam selepas membuat aduan pada Tribunal Pengguna, saya mendapat panggilan dari wakil Astro yang menyatakan bahawa akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan. 

Alhamdulillah. 

Tujuan saya berkongsi pengalaman ini adalah supaya mereka yang sedang mengalami situasi seperti saya, tolong jangan biarkan kita dianiya dan dibuli oleh syarikat ternama hanya kerana takut (takut ada macam-macam jenis takut. Takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut banyak kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pada akhirnya kita juga yang terkena balik dan macam-macam jenis takut lagi). 

Kita ada hak sebagai pengguna walaupun saya hanya melanggan pakej yang paling murah. Fight for your right. Bawa semua bukti dan halakan kekecewaan kita kepada pihak yang betul. InshaAllah, jika rezeki kita Alhamdulillah. Tetapi jika tiada rezeki, tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha membela diri kita dan tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita. - Novianti Mohd Zain | PIXEL MEDIA






0 comments:

Post a Comment